Assalammualaikum dan salam sejahtera;

 

         Nama saya Mohamad Shahril Mahzir atau nama panggilan online Shah Fx di Face Book.Saya sangat bershukur pada tuhan kerana dilimpahkan rezeki serta dapat menikmati sedikit kesenangan dengan hanya melakukan urusniaga forex ini. Akan tetapi saya juga tidak terlepas dari menempuh pelbagai dugaan mengharungi ombak pasaran matawang  yang tiada siapa dapat menjangka apakah akan berlaku selepas ini..saya menganggap pahit getir mengalami kerugian yang saya tempuh pada peringkat awal sebagai pengalaman yang amat berharga dan kini ia telah bertukar menjadi kenangan yang indah buat saya.

         Justeru itu dengan pengalaman forex yang saya tempuh bermula dari awal tahun 2006 hinggalah sekarang, jadi saya banyak melakukan kajian demi kajian dalam tempuh yang agak lama bagi mencari atau mencipta 1 strategi yang terbaik supaya dapat menempuh apa jua keadaan pasaran ketika itu tanpa memerlukan pengalaman untuk mendapatkan keuntungan yang konsisten. Pendek kata, saya cuba sediakan Highway atau jalan yang lebih cepat untuk berjaya dalam bidang ini. Saya sangat bersyukur!, kerana usaha saya ternyata tidak sia-sia kerana saya berjaya mencipta 1 strategi yang sangat-sangat hebat dan luar biasa. Strategi yang saya ciptakan ini tidak perlu menggunakan sebarang indikator. Sangat mudah digunakan dan juga yang penting dalam masa yang singkat anda dapat mengusai sepenuhnya. tidak memerlukan latihan yang lama atau pengalaman bertahun-tahun untuk berjaya.

         Kini dengan adanya strategi yang saya namakan (Strategi Jengkaut) ini, ia memberikan saya keuntungan setiap hari, setiap minggu dan setiap bulan.(sangat konsisten) Dengan terciptanya strategi tersebut saya rasakan urusniaga forex menjadi cukup mudah, santai dan sesiapa saja yang menggunakanya pasti dapat menjana keuntungan yang konsisten. 

         Saya sendiri dah berjumpa dengan ramai forex trader telah mengalami kerugian yang banyak pada peringkat permulaan terlibat dalam urusniaga forex. Kebanyakan adalah bangsa kita sendiri baik tua ataupun yang muda. Kebanyakan mereka telah menghabiskan wang simpanan/VSS/pencen/Asb dalam sekelip mata saja. Ini kerana kebanyakan strategi yang mereka pelajari memerlukan pengalaman yang lama untuk betul-betul mahir dengan strategi tersebut. Soalnya berapa lama anda harus tunggu lagi untuk mahir ?? 1 bulan ?? 1 tahun ?? Di dalam proses inilah trader banyak mengalami kerugian. Jadi mengapa anda harus menempuh jalan yang sukar seperti mereka ??

          Dan ada juga strategi yang mereka pelajari itu salah atau kurang membantu dalam mendapatkan keuntungan. Dan yang lagi sedih ada juga strategi yang langsung tak boleh diguna pakai. Jadi proses untuk anda menempuh pelbagai masalah ini membuatkan anda mengambil masa yang lama untuk anda berjaya dalam forex.

          Jadi tujuan saya adakan kursus adalah untuk memberi bimbingan kepada pelapis baru yang ingin menceburkan diri bagi memperolehi pendapatan lumayan dari urusniaga forex. Saya juga mengalu-alukan kedatangan forex trader yang telah mengalami banyak kerugian dan masih mencari-cari strategi yang dapat menebus kembali kekalahan lalu serta dapat berikan keuntungan berterusan. (Saya akan kongsikan strategi yang luar biasa di dalam advance seminar nanti).


Pengalaman..saya

         Ceritanya begini .. Mulanya saya mengenali pasaran forex ni pada tahun 2001 dari seorang rakan saya . Beliau meminta saya belajar forex trading . Tengok saja chart pada masa tu memang dah terus jatuh cinta pandang pertama ... namun ketika itu saya diminta pertaruhkan modal rm20k++ pada syarikatnya dan beliau yang akan kendalikan akaun saya . Maklumlah masih belum tahu bagaimana untuk melakukan trading dengan sendiri. Tetapi kecewa kerana modal yang didagangkan hangus dalam masa 4 hari saja (terkedu seketika). Namun begitu minat saya pada forex tidak pernah luntur, saya bertekad dan terus mencari guru forex untuk menuntut ilmu dalam forex.

         Pada awal tahun 2006 lah bermulanya saya menyertai kursus asas dengan salah sorang forex trader yang hebat untuk belajar bagaimana melakukan trading dengan sendiri (Basic seminar). Namun selepas seminggu menyertai kursus saya tidak sabar-sabar lagi untuk melakukan real trading. Jadi saya teruskan niat saya untuk memasukkan modal ke real akaun. Bermulalah menjadi pengEXPORT tegar. Modal permulaan sebanyak usd1k, trade tak sampai seminggu dah kena margin call (Modal Hangus)huhu.. Saya terfikir ganas jugak market forex ni yer!! Tak mengapa kali ni siap laa, aku akan balas dendam semula. Mana dia nak pergi tak keatas kebawah je... kali ini saya masukkan modal lagi besar dan mula trading kembali, namun nasib yang sama juga berlaku Margin Call . Aduihh.. asyik nak topup jer nih . banyak juga saya kalah , bila nak untung kalau asyik macam ni??. Saya berfikir dari saya habiskan duit dalam market lebih baik saya gunakan duit yang saya ada ketika itu untuk tambah ilmu . Dari situ lah saya mula menyertai beberapa seminar forex di dalam dan luar negara untuk memantapkan lagi ilmu.

         Akhirnya apabila saya berguru dengan seorang sifu ni, credit untuk beliau. beliau banyak memberi bimbingan yang sangat jelas serta banyak beri motivasi untuk berjaya dalam dunia forex. Alhamdullillah Usaha saya bersengkang mata siang dan malam menganalisa pasaran, maka saya telah berhasil menemui kaedah yang sangat berbaloi serta lebih tenang ketika bertrading. Dengan kaedah itu juga saya gunakan untuk memenangi forex competition .

    

        Sekarang tiba masanya saya akan mendedah dan menkongsikan strategi luar biasa yang belum pernah di ajar dilain-lain seminar. Strategi yang tidak memerlukan pengalaman trading, anda akan merasakan strategi ini sangat mudah digunakan. Yang pasti setiap hari anda pasti gembira dengan trading anda kerana anda kini dapat menempuh apa jua keadaan market dan pasti mendapat keuntungan.. hehe (Pelik bunyinya) tetapi itulah kebenaran strategi tersebut. Saya sendiri sudah lama mempraktikkan kaedah ini, dan kini saya akan dedahkan kepada anda yang ingin mendapatkan tunjuk ajar dari saya. insyaallah trading anda akan menjadi sangat mudah.

        Saya yakin anda tidak pernah terfikirpun dengan strategi yang akan diajarkan nanti. Strategi yang sangat mudah dan memberikan anda keuntungan berterusan.... saya juga akan berikan tip-tip mudah tetapi berkesan untuk anda guna pakai ketika bertrading nanti .Jika anda ingin berubah dari seorang trader biasa menjadi trader yang hebat dalam mendapatkan keuntungan konsisten datanglah ke seminar yang akan memberikan kelainan cara trading anda.

InsyaALLAH.. jumpa saya di hari seminar nanti.

Sekian, Terima kasih.